◄ Muka Surat 602
Muka Surat 601 / 604
Muka Surat 600 ►
Juz 30 ¾ Hizib 60
Surah Al-Asr (العصر)
Ayat 1
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ وَٱلْعَصْرِ
Demi Masa!
Ayat 2
إِنَّ ٱلْإِنسَـٰنَ لَفِى خُسْرٍ
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Ayat 3
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْحَقِّ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Surah Al-Humaza (الهمزة)
Ayat 1
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ وَيْلٌۭ لِّكُلِّ هُمَزَةٍۢ لُّمَزَةٍ
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,
Ayat 2
ٱلَّذِى جَمَعَ مَالًۭا وَعَدَّدَهُۥ
Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;
Ayat 3
يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُۥٓ أَخْلَدَهُۥ
Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!
Ayat 4
كَلَّا ۖ لَيُنۢبَذَنَّ فِى ٱلْحُطَمَةِ
Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".
Ayat 5
وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْحُطَمَةُ
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?
Ayat 6
نَارُ ٱللَّهِ ٱلْمُوقَدَةُ
(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -
Ayat 7
ٱلَّتِى تَطَّلِعُ عَلَى ٱلْأَفْـِٔدَةِ
Yang naik menjulang ke hati;
Ayat 8
إِنَّهَا عَلَيْهِم مُّؤْصَدَةٌۭ
Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.
Ayat 9
فِى عَمَدٍۢ مُّمَدَّدَةٍۭ
(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.
Surah Al-Fil (الفيل)
Ayat 1
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَـٰبِ ٱلْفِيلِ
Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
Ayat 2
أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِى تَضْلِيلٍۢ
Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?
Ayat 3
وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ
Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, -
Ayat 4
تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍۢ مِّن سِجِّيلٍۢ
Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, -
Ayat 5
فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍۢ مَّأْكُولٍۭ
Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.
◄ Muka Surat 602 Halaman Mushaf Al-Quran Muka Surat 600 ►